n Pantun-pantun:Najwafazreen

Wednesday, 27 April 2016

Pantun budi

Payah kami menabur padi
Nenas juga ditanam orang
Payah kami menabur budi
Emas juga dipandang orang

Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Jentayu burung jentayu
Hinggap dibalik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Biarlah orang bertanam buluh
Mari kita bertanam padi
Biarlah orang bertanam musuh
Marilah kita bertanam budi

Ayam jantan siayam jalak
Jaguh Siantan nama diberi
Rezeki tidak saya tolak
Musuh tidak saya cari

Jikalau kita bertanam padi
Senanglah makan adik-beradik
Jikalau kita bertanam budi
Orang yang jahat menjadi baik

Baik-baik makan keladi
Keladi itu ada miangnya
Baik-baik termakan budi
Budi itu ada hutangnya

Buah nenas bawa berlayar
Dimakan sebiji di Tanjung Jati
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

Tenanglah tenang air di laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi yang baik rasa nak junjung

Cindai bercorak penuh berpita
Pakaian anak Panglima Garang
Emas dan perak pengaruh dunia
Budi yang baik dijunjung orang


Jangan suka mencabut padi
Bila dicabut hilang buahnya
Jangan suka menyebut budi
Bila disebut hilang tuahnya

Kalau keladi sudah ditanam
Jangan lagi meminta talas
Kalau budi sudah ditanam
Jangan lagi meminta balas

Singgah ke pulau menggali ubi
Kalau ke beting berdayung juga
Sepuluh kali kita berbudi
Kalau miskin terbuang juga

Sudah lama memakai gelang
Gelang berukir sirama-rama
Harimau mati meninggalkan belang
Manusia mati meninggalkan nama

Mati kayu karena benalu
Patah layu dahannya mati
Mati Melayu karena malu
Kalah Melayu termakan budi

Mencari ikan belida
Terpancing pula si ikan keli
Buat baik berpada-pada
Buat jahat jangan sekali

Jauh sungguh pergi mandi
Setapak jalan lewatkan huma
Berat sungguh menanggung budi
Seribu tahun takkan lupa

Ragi pulut dalam kati
Tapai manis dalam kuali
Selagi hidup dalam pekerti
Sampailah mati dalam budi

Pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
lalu diambil untuk dimakan
Hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati
budi tuan tuhan balaskan

Kain prai baju prai
Pakaian anak raja Yamtuan
Badan berkecai tulang bercerai
Barulah lupa budimu tuan


Yang kat atas tulah pantun-pantun budi.Jumpa lagi di post lagi satu!!

Pantun gaya hidup sihat

Ikan di air melompat-lompat,
Ikan bernama si ikan laga;
Amalkan gaya hidup sihat,
Makan minum hendaklah dijaga.

Ikan bernama si ikan laga,
Ikan dibeli si anak Sahlan;
Makan minum hendaklah dijaga,
Makanan berkhasiat jadi amalan.

Ikan dibeli si anak Sahlan,
Dibeli juga si ikan jenahak;
Makanan berkhasiat jadi amalan,
Elak makanan banyak lemak.

Dibeli juga si ikan jenahak,
Masak gulai kurang santan;
Elak makanan banyak lemak,
Banyak memakan sayur-sayuran.

Masak gulai kurang santan,
Buah kelapa di tepi paya;
Banyak memakan sayur-sayuran,
Buah-buahan pula jangan lupa.

Buah kelapa di tepi paya,
Daun kelapa diambil lidi;
Buah-buahan pula jangan lupa,
Selalulah bersenam setiap hari.

Daun kelapa diambil lidi,
Lidi diikat belumlah cukup;
Selalulah bersenam setiap hari,
Tidur pula hendaklah cukup.

Lidi diikat belumlah cukup,
Buat menyapu debu di lantai;
Tidur pula hendaklah cukup,
Sihat kita hidup santai.

Bye,selamat tinggal semua.

Pantun alam sekitar

pergi ke kedai membeli bunga,
bunga di beli cantik sekali,
alam sekitar perlu di jaga,
agar hidup sentiasa harmoni..
berjalan-jalan di tepi tasik,
bila berjalan perlu berhati,
alam di jaga kan cantik,
agar dilihat sumua generasi..
pergi ke kota bersama teman,
kota Melaka tempat pilihan,
mejaga sungai jadi amalan,
agar tidak berlaku pencemaran..
pergi menyelam di dalam laut,
pergi menyelam di laut china,
kita perlu menjaga laut,
agar khazanahnya terpelihara..
dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang,
jika tidak menjaga bumi,
nanti datang bencana alam..

            Itu jelah pantun alam sekitar yang dapat saya kongsikan untuk kali ini, Selamat tinggal.

Pantun bahasa Utara

  • Nasi kandaq kedai mamak,
    Anak mami juai pesemboq;
    Lepas raya usah dok triak,
    Kalu ceti mai ikut dapoq.
    
  • Anak mami juai pesemboq
    pasemboq sedap ada di penang
    Kalu ceti mai ikut dapoq
    lagu lah lintang pukang
     
  • Aloq Staq terketaq-ketaq,
    Lapaq perut makan pau;
    Macam mana tak ketaq,
    Kena paksa bagi angpau.
     
  • Lapaq perut makan pau,
    Pau dibeli inti kacang;
    Kena paksa bagi angpau,
    Dah bagi singgit naik tocang.

s         Sekian sahaja untuk kali ini.Bye bye.



Sunday, 24 April 2016

Pantun untuk sahabat yang jauh

Kapal terbang penuh muatan,
Terbang ke China dari Jakarta;
Khabar dilayang tanda ingatan,
Orang di sana apa cerita?
Tenang lagi air di tasik,
Seri pagi berkembang ceria;
Selamat pagi sahabat baik,
Moga hari bersinar bahagia.

Laut biru luas terbentang,
Pulau dan darat ditemu jambatan;
Kau aku mata tak bertentang,
Rindu terikat dalam ingatan.

Ambillah makan kelapa puan,
Lembut isi putihnya padat;
Salam ingatan buatmu tuan,
Moga hari disinar berkat.

Ombak tak putus dari lautan,
Terang mentari hari pun hangat;
Salam ku utus tanda ingatan,
Kerana budi hati teringat.

Terang mentari hari pun hangat,
Suburnya kulim juga rumbia;
Kerana budi hati teringat,
Doa ku kirim moga bahagia.

Camar pulang di kala petang,
Hari redup mentari di barat;
Indah bulan dipagar bintang,
Lengkap hidup berteman sahabat.

Pantun terima kasih

#Pantun ini boleh digunakan ketika sesuatu majlis, di dalam surat, atau di mana-mana situasi yang bersesuaian. Terima kasih....

Letih berjalan di tengah pekan,
Singgah sebentar di gerai siti,
Terima kasih kami ucapkan,
Atas segala jasa dan bakti.

Terima kasih kami ucapkan,
Kerana kalian selalu membantu,
Jasa dan bakti jadi taruhan,
Akan dikenang setiap waktu.

Terima kasih daun keladi,
kerana sudi menolong kami,
kalau ada kesulitan kami,
Diharap sudi bantulah lagi.

Burung helang terbangnya tinggi,
hinggap sebentar di pohon jati,
terima kasih saudara dan saudari,
memberi tumpuan sepenuh hati.

Licin badan si ikan keli,
tinggalnya di dalam perigi,
saya hamba lemah sekali,
Terima kasih bentuan diberi,

merah menyala si buah ceri,
sungguh cantik berseri-seri,
terima kasih ucapan diberi,
kerana sudi datang ke mari,

Pantun pujian

Banyak hari diantara hari
Tidak semulia hari Jum‘at
Banyak nabi diantara nabi
Tidak semulia nabi Muhammad
Banyaklah redup perkara redup
Redup alamat hari kan hujan
Banyaklah hidup perkara hdiup
Hidup Muhammad menjadi teladan
Jaringan puput merata-rata
Campakkan bilis ke dalam pukat
Keringlah laut menjadi tinta
Takkan tertulis ajaran Muhammad

Banyaklah haji perkara haji
Haji berkunjung ke Baitullah
Banyaklah puji perkara puji
Pujian agung kepada Allah
Banyaklah lebah perkara lebah
Lebah meniti kepada galah
Banyaklah sembah perkara sembah
Sembah sejati kepada Allah


Banyaklah orang mencari rusa
Sekali tembak kaki berpilin
Banyaklah orang jadi penguasa
Tapi tak layak jadi pemimpin
Kalau hendak menyalin surat
Hari petang lampu berminyak
Kalau hendak mempimpin rakyat
Hati lapang ilmu pun banyak
Besarlah batang sagu bertampin
Bila dikerat mati ujungnya
Besar hutang jadi pemimpin
Dunia akhiratkan ditanggungnya


Banyaklah angsa berebut terbang
Membumbung angsa menuju lepak
Banyaklah jasa disebut orang
Agunglah jasa ibu dan bapak
Sebesar-besar mayang pinang
Takkan sama mayang kelapa
Sebesar-besar sayang orang
Tak sama sayang ibu bapa
Supaya tangan tidak terluka
Jangan dikepit hulunya kapak
Supaya Tuhan tiada murka
Jangan sakiti ibu dan bapak